Showing posts with label Karutan dan Carutan. Show all posts
Showing posts with label Karutan dan Carutan. Show all posts
Cerpen saya Ibrah Dari Tirai Besi memenangi tempat keempat dalam pertandingan cerpen Group E-Novel (KEN) baru-baru ini.
Cerpen Ibrah dari tirai besi menumpukan kepada konflik yang padat dan mesej yang tersirat
Itu adalah ulasan juri mengenai cerpen aku. Aku memang tidak menyangka boleh menang. Biarpun tempat keempat, aku tetap bersyukur. Kerana bukan hadiah atau tempat yang aku dambakan, hanya sedikit harapan agar cerpenku ditelaah dan dinilai oleh para juri. Sedikit sebanyak dapat memberi motivasi kepada diri untuk terus menulis demi kebaikan.
Jari jemari yang menaip di hamparan kertas mampu mengubah dunia kita dan kamu. Kita bebas menulis apa yang kita mahukan sama ada menjurus ke arah kebaikan atau keburukan. Setiap aksara yang dinukil menjadi saksi atas apa yang kita nukilkan bukan di dunia, di akhirat itu pasti.
Selamat menulis saya ucapkan.
